Sunday, December 19, 2010

kelahiran..

Senja khamis,ketika magrib melabuhkan tirainya.seorang bayi lelaki berjaya menjejakkan kaki dan melihat dunia yang penuh dengan kehidupan.hasil perkhawinan kedua ibubapanya telah membuahkan hasil!itupun setelah 36 minggu berada dalam dunia ibunya.harapan serta impian ibubapanya mestilah menginignkan yang terbaik.tidak lupa juga kegembiraan nenda bayi tersebut yang menanti dengan penuh pengharapan,kesyukuran,dan kegelisahan ketika menanti si ibu dibedah untuk menyelamatkan bayi bertuah itu..

Sebelum kelahiran si bayi..

Ketika si ibu dibawa ke hospital menaiki kenderaan pajuan empat roda,beliau sudah terasa kesakitan yang ditahan selama 3 jam lamanya.walau ditanya berkali2 oleh si ibu mertua (nenda bayi) “terasa sakit tak?nak pergi hospital ke?” sebelum kepulangan si bapa.berkali kali juga si ibu menggeleng tersenyum kelat.
Setibanya di wad bersalin,si bapa memapah si ibu dengan harapan dapat meringankan beban si ibu.setelah diperiksa ternyata si bayi sudah bersedia untuk menghadapai dunia.ketika si ibu meneran untuk memberi ruang untuk menolong si bayi keluar,para doktor kelihatan gelisah.jantung si kecil ternyata lemah dan tak berdaya untuk lahir secara normal.

Si bapa secepatnya di maklumkan bahawa si ibu perlu dibedah dengan segera dan meminta keizinannya untuk menyambung procedure.tanpa berfikir panjang si bapa segera bersetuju dan memaklumkan kepada si nenda yang menanti kegelisahan.si nenda tanpa lengah terus mendahkan tangan meminta pertolongan Yang Maha Esa untuk membantu permudahankan urusan si ibu.

Ternyata Allah Maha Mendengar,si bayi dilahirkan cukup sifatnya.tangisan si bayi yang dinantikan sememangnya membawa seribu kegembiraan kepada keluarga si bayi.kehidupan si bayi yang masih jahil tentang dunia akan diteruskan dari hari ke hari..

Watak
si bapa-abang penulis
si ibu-kakak ipar penulis
si nenda-ibu penulis ^_^

si bayi jelir lidah ketika ini..=.='

15 comments:

FaRa HanNaH said...

baby kiut!nak bebi jugak~~~

ieyas forever~ said...

meneran..ayat power dstu!!!
hehehek~
congrates dear....
da jd macik la nie...
aunty sara!

chittysarah said...

fara:cepatla melangsungkan perkhawinan ngan si dier~~
lallala~~

ieyas:hehe..penggunaan bahasa menambah feel~~
mak su la sedap skit~~
lallaa~~
ps:cepat kawen cik ieja..nak tgk bby angkat aku~~hahah

ALIAA MIZAN said...

wah maksu ayat macam antologi kerusi...muahahha

chittysarah said...

aliaa:hahhaha
well nak test power jap~~

hiro said...

jgn nakal2 cm abg hiro ye..hehe

chittysarah said...

hiro:semoga begitu la hendaknye~~

lalallala

wawa said...

mak su!!

Sca Ndx said...

dah dpt anak buah. congrat. ea dah tukar layout. igt salah blog tadi.hee

chittysarah said...

wawa:weee~~~

sca:hehe..thanks~~
n welcome to new blog!
hahah~~

yugi said...

makcik sarah~~hehe~ anda bile pule nak ade anak??? hahahahahaha!
nway, congratz2~~hehe

sya hassan said...

alhamdulillah.. semua b'jln dgn lancar kan?? hehe alololo..comeinye baby.. hehe like baby damn much..hoho

chittysarah said...

yugi:saya lambat lagi..
masih belajar..
mungkin anda seterusnya..
hahahha

sya:alhamdulillah,lancar..
tapi die suke nangis..huhuhuhuh

a'im said...

wuuu...tahun ni baru dapat 2 orang anak buah baru.so raya tahun depan akan pokai

chittysarah said...

aim:ala2 sian tapi demi kebahagiaan mereka
ape salah ye..

hahaha,lalalala~~

ps:nak gak duit raye taun depan!