Friday, March 22, 2013


Gadis Melati

Gadis dan melati punyai pelbagai kelainan
tapi punya satu persamaan yang pasti
cantik dipandang, seindah ciptaan
Bunga melati putih diumpamakan kesucian dan kemurnian
yang dapat dipamerkan seorang gadis jika kena pada gayanya.
akan tetapi seindah-indah ciptaan Tuhan
pasti ada yang terpalit sedikit kekotoran akibat di mamah masa

Wahai gadis melati,
janganlah pernah terleka dengan duniawi yang sementara ini
kejar lah juga kehidupan selepas mati
kerana janji Tuhan itu pasti
kuatkan lah hati mu agar tidak dinodai si kumbang
yang hanya inginkan manis madu mu

Biarlah kecantikan mu di pertontonkan kepada yang miliki diri mu
sesungguhnya kecantikan zahir dan batin itu tiada tolok bandingannya
kata- kata nasihat jadikan lah pedoman hati di kala sunyi
manakala kritikan itu membantu memperbaiki diri
semoga menjadi si gadis melati yang sejati

No comments: