Friday, March 22, 2013


Gadis Melati

Gadis dan melati punyai pelbagai kelainan
tapi punya satu persamaan yang pasti
cantik dipandang, seindah ciptaan
Bunga melati putih diumpamakan kesucian dan kemurnian
yang dapat dipamerkan seorang gadis jika kena pada gayanya.
akan tetapi seindah-indah ciptaan Tuhan
pasti ada yang terpalit sedikit kekotoran akibat di mamah masa

Wahai gadis melati,
janganlah pernah terleka dengan duniawi yang sementara ini
kejar lah juga kehidupan selepas mati
kerana janji Tuhan itu pasti
kuatkan lah hati mu agar tidak dinodai si kumbang
yang hanya inginkan manis madu mu

Biarlah kecantikan mu di pertontonkan kepada yang miliki diri mu
sesungguhnya kecantikan zahir dan batin itu tiada tolok bandingannya
kata- kata nasihat jadikan lah pedoman hati di kala sunyi
manakala kritikan itu membantu memperbaiki diri
semoga menjadi si gadis melati yang sejati

Monday, November 26, 2012

PENGAJARAN

Hidup kat muka bumi ciptaanNya ini tak pernah sekali pun kita , manusia lari dari berbagai masalah permasalahan . Kalau tak kita yang buat masalah , ada makhluk Allah ni yang secara tak sengaja terbuat onar . Terpulang kat kita nak melatah,terkejut-terkujat,senyum,marah,sedih,buat tak peduli atau pun berfikiran baik terhadap semua yang berlaku dan yakinkan diri dengan "Allah nak uji keimanan aku , Alhamdulillah masih mampu berdiri".

But like old wise man says , "not all can do what they say". Tak mudah nak terima ujian Allah ni , macam diri yang kerdil ni kadang kala tercarut perkara yang tak baik dulu baik nak sedar Allah sedang uji. Contoh terdekat la,da tau ni bawa motor laju mengundang padah tapi adrenalin dan hormon muda nak mencuba vrooommmm....sreeeeeeetttt!! tersidai dibahu jalan langgar kereta. Padan muka sendiri. Tu la bawa laju pun bukan sampai cepat pun , padah mengundang ada . Haha kenangan betul.

merenung masa silam dan masa akan datang

Setiap detik kehidupan kita ni patut dihargai dan dinikmati sebab mungkin kita takkan dapat nak rasa da bila kita da semakin berumur . Atau mungkin ajal akan menjemput kita untuk bertemu jua dengan Maha Pencipta,Allah S.W.T. . Tak menjadi salah pun kita hamba Allah ni nak merancang , tapi kene selalu ingat perancangan Allah adalah yang terbaik tuk kita walaupun kadangkala kita yang lemah lagi khilaf ni tak mengerti ketentuan yang telah dicatur indah. 

Semua tulisan serta madah ni lebih untuk peringatan diri sendiri agar tak lupa daratan . Biasalah manusia mudah lupa dan lakukan kesalahan yang sama tanpa disedari . Semoga menjadi yang lebih baik dari sebelumnya insyaAllah .

Wednesday, May 30, 2012

renungan kehidupan XD

menarik cerita ni
sangat lama tidak menconteng coretan kat sini. well ni antara cerita dalam list movie best. banyak pengajaran dalam cerita 3 idiot ni, bagi yang belum tengok tu ni adalah cerita yang boleh korang masuk kan dalam list movie ye
"all is well" ^_^

selama aku hidup di dunia ni, pelbagai pengalaman dan ceritera yang menarik berlaku. termasuk kisah awan mendung berarak aku zaman kecik kecik. setiap perbuatan aku, selalu aku pikir untuk perbetulkan balik tapi like they said, we don't have a time machine to fix mistake. kadang-kadang tak semua kita rancang tu menjadi seperti yang diharapkan tapi kita kena yakin Allah da tetapkan yang terbaik tuk hamba dia. kita kena banyak kan bersabar dan tabah menghadapi dugaan. jangan lupa tuk cari kebaikan dalam dugaan.
setiap manusia kat dunia ni mempunyai masalah masing-masing, dan setiap dugaan tu ada jalan penyelesaiannya yang kita kene cari dan tempuh tuk kebaikan diri kita gak. semakin banyak dugaan baru la semakin mencabar hidup kan? that's we call life. kita kene terus kuat dan tabah menumpuh dugaan kalau nak terus berjaya :P
i really cherish all the moment with all my friends, who exist in my life and accept me for who i am. tapi tak tau la kenapa susah untuk aku cakap perkataan sayang tu kat dorang dulu, pemalu sangat gamak nya. selalu terpikir tuk wat reunion ngan dorang semua, lepak or even have a trip kat mana -mana pulau la. mesti best kan?sayang korang semua tau! friends till jannah :)

apa ape pun, let's think positive and try improve ourselves day by day. insyaAllah :)


ps: gamba ikhlas dari google image ^_^
     betul-betul teringin nak gi holiday with all my besties. bila korang free ni T_T